Facebook Follower

Monday 28 October 2013

PHD (Perjalanan Hamba Dagang) - Episod 3

Meneruskan perjalanan dan perkongsian penuh iktibar dari bumi diberkati sekelilingnya ...



Sunday 27 October 2013

PHD (Perjalanan Hamba Dagang) - Episod 2

P.H.D diteruskan di bumi barakah. Kali ini kongsi kisah As Habul Kahfi, Nabi Syuib dan Haifa. Teruskan menonton SHARE, TAG, LIKE. Semoga manfaat dikongsi bersama :)



Saturday 26 October 2013

PHD (Perjalanan Hamba Dagang) - Episod 1

PHD (Perjalanan Hamba Dagang) adalah perkongsian tentang kisah sesebuah tempat yang diziarahi dengan mengambil iktibar disebalik tempat itu. Apa maksud "Perjalanan Hamba Dagang"? Semua dari kita sedang melalui sebuah "perjalanan". Penghujungnya syurga atau neraka. Sebagai "hamba" yang melalui proses ini, kita hanya singgah seketika di dunia seperti "pedagang", sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi sebenar, kehidupan "kekal abadi". Semoga usaha ini diberkati. Amin :)


Wednesday 5 June 2013

COUPLE - Episod 10 ( scene tak jadi)

Antara kehebatan Nabi Muhamad S.A.W, baginda berjaya mendidik para sahabatnya menyampaikan darinya walau 1 ayat. Sekarang tugas menyebarkan itu telah diwariskan kepada kita. Andai ada manfaat dalam kisah COUPLE ini, bantu saya dalam menyebarkan kasih sayang baginda yang akhirnya membawa kita kepada mengagungkan Allah S.W.T :)

 

# in shaa Allah COUPLE akan ade sambungan nye (katanyeeee) ^_^

Saturday 1 June 2013

COUPLE - Episod 9 (cinta sebenar)

Dalam mencari cinta kita sering terkeliru antara cinta sebenar atau nafsu semata - mata. Kembalilah kepada Pemilik cinta. Dia akan anugerahkan cinta yang membahagiakan, bukan cinta sia - sia. :)

Thursday 30 May 2013

COUPLE - Episod 8 (benarkah cinta atau...... )

Cinta suatu perasaan suci. Namun harus DIPERIKSA:

1) KERANA APA cinta itu?
2) BAGAIMANA CARA bercinta?
3) APA KESAN bercinta?

Jika SEMUA jawapan tadi menjadikan kita HAMBA yang LEBIH BAIK, BENARLAH perasaan itu. Jika cinta itu HANYA membuatkan kita HANYUT dengan perasaan, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul, itu BUKAN cinta..tapi NAFSU semata - mata :( 


Saturday 25 May 2013

COUPLE - Episod 7 (perangkap perasaan)

Semua manusia mencari BAHAGIA. Dalam perhubungan lelaki dengan perempuan, kebahagiaan hanya diperolehi setelah diijab kabulkan.
Bagi pasangan yang BUKAN suami isteri, kalo pun yang dapat hanyalah KESERONOKKAN semata - mata. Rasa ini hadir pada saat & ketika perkara menyeronokkan itu BERLAKU. SESUDAH itu perasaan seronok tadi berlalu PERGI bersama perubahan masa.
DITAKUTI perasaan seronok itu hanya TIPU DAYA syaitan semata - mata, yang kita ingat itulah dia kebahagiaan...

Wednesday 22 May 2013

COUPLE - Episod 6 (niat baik, cara mesti betul)

LELAKI: Carilah wanita yang dirinya bersedia dibimbing oleh kamu kerana dia akan melahir, mendidik anak & menarik kamu ke syurga @ neraka. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai ketua.

 WANITA: Carilah lelaki yang kamu rasa hormat padanya kerana dia akan jadi ketua keluarga & pembimbing kamu. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai pembantu lelaki. 

 Apabila masing2 FAHAM & BERPERANAN sesuai dengan tujuan diciptakan, suami tunai TANGGUNGJAWAB & isteri TAAT pada suami soleh, "you will live happily everafter" :) 

Friday 17 May 2013

COUPLE - Episod 5 (Minta pada Allah, usaha berurusan sesama manusia)

Dalam hidup banyak hajat ingin kita perolehi, antaranya jodoh yang baik. Caranya:

1) BERDOA minta pada Allah kerana segala2nya adalah milikNya. Sebagai tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Bijaksana, Dia tunai permintaan sesuai apa terbaik untuk kita.
2) USAHA sebagai hamba dengan perbaiki diri, berkawan & berada dalam persekitaran baik.

Gabungan jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kemudian jaga hubungan sesama manusia (habluminannas) insyaAllah akan dapat yang terbaik. Syaratnya minta pada Allah terlebih dahulu, kemudian baru usaha berurusan sesama manusia. 

Thursday 16 May 2013

COUPLE - Episod 4 (Jodoh telah ditentukan)

Jodoh adalah rahsia ketetapan Allah, yang kita boleh pilih mengikut selera sendiri dengan cara usaha dan doa. Kekal usaha perbaiki diri, bersahabat dengan orang - orang baik, sentiasa dalam persekitaran baik, insyaAllah peluang jumpa yang baik lebih cerah. Paling penting doa dapat yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu Allah, bukan dari kacamata seorang hamba yang lemah kerana selalu tewas pada nafsu, lagi jahil ini.

 

Sunday 12 May 2013

COUPLE - Episod 3 (Calon baik, ada ditempat baik)

Setiap orang inginkan pasangannya dari kalangan orang yang baik. Jadi untuk mendapatkan pasangan yang baik, syaratnya adalah :

1) DOA minta jodoh di pertemukan dengan org yang baik
2) PERBAIKI diri supaya jadi lebih baik
3) BERKAWAN dengan kawan-kawan yang baik
4) SENTIASA dalam persekitaran yang baik

In shaa Allah niat ikhlas mencari cinta kerana Allah SWT dengan cara mengikut syariat, kita akan BERJAYA temui pasangan yang soleh/solehah & hensem/cun. ^_^

Saturday 11 May 2013

COUPLE - Episod 2 (Persekitaran membentuk rasa)

Dalam kehidupan seharian setiap individu sedikit sebanyak akan terkesan dengan faktor persekitarannya. Persekitaran mampu 'membentuk' peribadi seseorang. Jika persekitarannya positif, ia akan membantu seseorang menjadi lebih baik, begitulah juga sebaliknya.

Thursday 9 May 2013

COUPLE - Episod 1 (Fitrah ingin berpasangan)

Naluri manusia ingin hidup berpasangan... Fitrah ini secara semulajadi Allah anugerahkan pada setiap manusia... Tiada siapa yang boleh menafikan perasaan ini...


Saturday 30 March 2013

COUPLE - intro

Apabila tiba masanya .... Di tempat yang telah di tentukan ... Pada keadaan yang sudah di takdirkan ... Mata bertentangan mata , hati akan merasa , lidah kelu berbicara .... Inilah saat bermulanya CINTA